Kamis, 17 November 2011

(BAHASA) Cast the spirit of Anger out from among yourselves

oleh Kathy Aquila pada 17 November 2011 jam 22:46
Nota daripada Yoo Jin Kim -
Yakobus 1:20 Orang yang marah tidak dapat melakukan yang baik, yang menyenangkan hati Allah.

Bila kita marah, kedagingan kita akan mengelodak dan kemudiannya kita akan bertindak mengikut emosi. Reaksi ini akan membukakan ruang yang besar bagi roh iblis untuk memasuki tubuh kita. Roh iblis ini cuba untuk menguasai pemikiran dan minda kalian. Ianya akan mencetuskan amarah yang lebih dahsyat lagi. Jika kita tidak dengan segeranya bertaubat daripada kemarahan dan emosi kita, roh iblis yang te;ah masuk kedalam tubuh kita tersebut akan menjadi benteng yang kuat.

Roh kemarahan akan membawa roh iblis lain seperti sukar mengampuni, kepahitan, dendam dan sebagainya untuk bekerjasama dan untuk mencapai matlamat mereka untuk mengheretkan kita ke neraka. Jika kita tidak cepat-cepat merendahkan diri kita dan bertaubat dengan tindakan kita dan meminta Tuhan untuk membantu kita untuk mengatasi kemarahan kita dengan orang lain, kehidupan akan menjadi lebih sengara. Tindakan kemarahan kita tersebut akan menjatuhkan yang lain kerana kita cenderung meluahkan kemarahan kita. Ianya adalah sifat semulajadi manusia untuk mencari orang lain untuk meluahkan atau berbicara mengenai kenapa kita merasa marah. Ini adalah salah satu perangai justifikasi diri sendiri. Dengan membuatkan orang lain bersetuju dengan kita, kita akan merasa diri kita betul. Tuhan tidak mahu berbalas emosi dengan tindakan orang lain.

Amsal 22:24-25 Janganlah bergaul dengan orang yang suka marah dan cepat naik darah. Nanti engkau akan meniru dia, dan tidak bisa lagi menghilangkan kebiasaan itu.

Kemarahan sungguh mudah berjangkit. Roh kemarahan dan suku sakatnya akan berjangkit dari satu kepada yang lain dan akan mencetuskan kemarahan bersama-sama roh yang lain. Kita dapat melihat bahawa satu keluarga yang akan menderita daripada isu kemarahan tersebut. Ini kerana roh kemarahan tersebut beroperasi dikalangan seluruh ahli keluarga serta mengawal pemikiran dan minda mereka. Kita juga dapat melihat pasangan yang berkahwin yang memiliki isu kemarahan ini. Kadang kala kita dapat melihat pada suratkhabar artikel mengenai sesetengah orang yang bermula daripada pertengkaran kecil dan berakhir dengan membunuh antara satu sama lain. Permasalahan kemarahan ini akan dibagikan sehingga beberapa generasi. Jika salah seorang daripada ahli keluarga tersebut tidak menjadi seorang Kristian yang benar dan mengikuti Tuhan dengan memecahkan dan menghalau roh kemarahan tersebut ke neraka, roh kemarahan tersebut akan berterusan melaksanakan misinya dengan setianya. Kita dengan mudahnya dapat melihat sesetengahorang berkumpul dan bersatu dalam permikiran serta mula menghentam orang lain dan mereka bertambah marah kerana mereka bertindak berlandaskan emosi. Ini akan membawa kepada menikam belakang, mengkritik dan menghakimi. Ini menunjukkan kepada kita bahawa dengan terjadinya kemarahan ianya akan membawa kepada lebih banyak dosa.

Amsal 14:29 Orang bijaksana tidak cepat marah; orang bodoh tidak dapat menahan dirinya.
Amsal 15:18 Orang yang cepat marah menimbulkan pertengkaran, orang yang sabar membawa perdamaian.
Amsal 20:30 Ada kalanya pengalaman pahit menghapuskan kejahatan, dan membersihkan hati manusia.
Amsal 29:22 Orang yang cepat marah membuat banyak orang bertengkar dan berdosa.

Bila seseorang marah terhadap sesuatu atau seseorang, dia secara umumnya berbicara dengan orang lain mengenai isu kemarahan mereka untuk mengumpulkan satu kumpulan dan mengacau bilaukannya. Ianya tiada apa-apa tetapi hanya mentaliti mob. Dengan cara ini, mereka akan memikirkan bahawa dirinya berada dalam keadaan tidak bersalah(menegakkan diri). Mungkin keresahan dan ketidak sabaran membawa kepada seseorang tersebut berfikir bahawa mereka menegakkan diri mereka sendiri. Daripada menenangkan situasi, seseorang lebih suka bertindak untuk membuat kacau kerana dengan cara ini, seseorang tersebut memikirkan bahawa mereka dapat membayar atau mendapat balik apa yang mereka fikirkan mereka telah terhina mahupun ketidakadilan yang mereka fikirkan diterima oleh mereka. Ini adalah salah satu bentuk tindak balas. Tetapi kemarahan seseorang dapat mendorong orang lain berdosa. Ramai orang Kristian menegakkan bahawa kemarahan mereka adalah kemarahan yang benar. Tetapi melalui standard siapa?. Kita harus tahu, kebanyakkan kemarahan kita adalah bukan kemarahan yang benar.

Semaikanlah buah lemah lembut dan mengawal diri. Jangan memberikan ruang kepada roh kemarahan. Telankanlah kemarahan kalian. Jika seseorang membuat kalian marah, minta pada Tuhan untuk membantu kalian untuk mengatasi kemarahan kerana ianya bukan masalah orang lain, melainkan ianya adalah masalah kalian sendiri. Lebih lagi, jika kita adalah orang Kristian, kita tidak boleh mengatakan, “ Dia yang mulakan dulu” atau “ Dia yang membuatkan saya marah”. Tiada alasan untuk sebab tersebut kerana ianya adalah dosa yang perlu kita taubatkan dan perlu kita perhatikan. Jika kita murah marah, ini bermaksud kedagingan kita tidak sepenuhnya disalibkan. Dengan itu, ini menunjukkan bahagian tersebut harus dimatikan. Kita harus membiarkan Tuhan yang memerintahkan didalam kita. Kalian harus belajar untuk memberkati mereka yang membuat kalian marah. Berkati dan kasihilah mereka kerana ianya bukan tugas kita untuk membalas. Jika seseorang dengan salahnya menuduh kalian, berdoa dan meminta pada Tuhan agar mengasihi mereka kerana mereka tidak tahu apa yang mereka lakukan. Kita harus memiliki hati Yesus kerana Dia berdoa bagi mereka yang dengan salahnya menuduh Dia dan menyalibkan Dia. Kita harus tahu bahawa bila ktia memberkati mereka yang membenci kita dan menyumpah kita, kita akan menerima berkatnya. Jika kita memberkati mereka yang datang menentang kita, Tuhan akan memberkati kita. Tiada justifikasi untuk kemarahan dan membalas dendam kerana ianya bukan buah Roh Kudus.

Amsal 26:2 Seperti burung terbang dan melayang-layang di udara, begitu juga kutukan tak bisa kena pada orang yang tak bersalah.

Jika seseorang membuat tuduhan yang salah terhadap saya, saya memberkati mereka didalam nama Yesus. Saya tidak akan menegakkan saya sendiri kerana Tuhan tahu hati dan situasi saya. Tuhan merupakan satu-satunya yang dapat menegakkan saya dan situasi yang saya hadapi, jika kita cuba untuk menegakkan kita sendiri, kita akan mendapat masalah dan ianya merupakan satu dosa terhadap Tuhan dan kita mungkin akan menjatuhkan orang lain dan membuatkan mereka sama berdosa. Jangan bersuka cita dengan penghakiman yang menimpa orang lain kerana ianya mungkin akan jatuh ke atas kita. Selalulah mengasihi dan memberkati.

Amsal 20:22 Janganlah membalas kejahatan dengan kejahatan; percayalah kepada TUHAN, Ialah yang akan menolong.
Amsal 29:11 Orang bodoh marah secara terang-terangan, tetapi orang bijaksana bersabar dan menahan kemarahan.
Matius 5:21-24 "Kalian tahu bahwa pada nenek moyang kita terdapat ajaran seperti ini: Jangan membunuh; barangsiapa membunuh, harus diadili. Tetapi sekarang Aku berkata kepadamu, barangsiapa marah kepada orang lain, akan diadili; dan barangsiapa memaki orang lain, akan diadili di hadapan Mahkamah Agama. Dan barangsiapa mengatakan kepada orang lain, 'Tolol,' patut dibuang ke dalam api neraka. Oleh sebab itu, kalau salah seorang di antara kalian sedang mempersembahkan pemberiannya kepada Allah, lalu teringat bahwa ada orang yang sakit hati terhadapnya, hendaklah ia meninggalkan dahulu persembahannya itu di depan mezbah, lalu pergi berdamai dengan orang itu. Sesudah itu, dapatlah ia kembali dan mempersembahkan pemberiannya kepada Allah.
Roma 12:21 Janganlah membiarkan dirimu dikalahkan oleh yang jahat, tetapi hendaklah Saudara mengalahkan kejahatan dengan kebaikan.

Ianya lebih baik bagi kita untuk tidak mengatakan bahawa kita orang Kristian jika kita dengan mudahnya marah kepada orang lain hasil tindakan mereka. Kerana ianya tidak mewakili dengan benar Yesus dan ianya tidak membawa kemuliaan kepada-Nya. Jika kalian diperlukan didalam pejabat untuk mengetuai, kalian harus mewakili Tuhan secara benar dengan kawalan diri dan mengasihi daripada menghuru hara kan kumpulan dengan dendam, kemarahan dan emosi. Tuhan berhadapan/memperkatakan ketua lebih teruk lagi daripada orang-orang beriman. Setiap tindakan akan diperhatikan dengan berhati-hati oleh Tuhan kerana ketua boleh membawa seluruh jemaatnya ke neraka. Marilah kita sentiasa berhati-hati memerhatikan tindakan kita. Jika apa-apa tindakan kita bertentangan dengan 9 buah Roh Kudus, marilah kita cepat-cepat bertaubat dan meminta Tuhan untuk membantu kita mencapai dan menyemai 9 buah Roh Kudus.

1 Korintus 13:4-5 Orang yang mengasihi orang-orang lain, sabar dan baik hati. Ia tidak meluap dengan kecemburuan, tidak membual, tidak sombong. Ia tidak angkuh, tidak kasar, ia tidak memaksa orang lain untuk mengikuti kemauannya sendiri, tidak juga cepat tersinggung, dan tidak dendam.

Kolose 3:8 Tetapi sekarang hendaklah kalian membuang hal-hal yang jahat dari dirimu: jangan lagi marah, atau mengamuk atau mempunyai perasaan benci terhadap orang lain. Jangan sekali-kali keluar dari mulutmu perkataan-perkataan caci maki atau perkataan yang kotor.

2 Timotius 2:24 Orang yang bekerja buat Tuhan tidak patut bertengkar; ia harus ramah terhadap semua orang, dan dapat mengajar orang dengan baik dan sabar.


Kemuliaan bagi Tuhan!
Let Fire of God consume us!!
Yoojin Kim

Tidak ada komentar:

Posting Komentar